KUALA TERENGGANU – Sebanyak 28, 225 premis telah diperiksa oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu setakat 4 Mac lalu dan 208 didapati positif membiak jentik-jentik dan nyamuk Aedes.
Sehubungan itu, sejumlah RM104,000 kompaun telah dikeluarkan kepada peniaga yang terbabit, di mana setiap premis yang didapati bersalah dikenakan denda berjumlah RM500 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000).
Menurut pengarahnya, Dr. Anwa Sulaiman, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 1,869 notis terhadap premis yang didapati tidak menjaga kebersihan.
“Pada tahun inui juga, kita (Jabatan Kesihatan Negeri) bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerjasama masyarakat setempat telah mengadakan sebanyak 102 aktiviti gotong-royong bagi membanteras penularan wabak denggi,” katanya.
Kata Anwa, bersempena dengan cuti sekolah yang telah bermula sejak semalam, pihaknya turut mencadangkan beberapa langkah pencegahan dan kawalan denggi bagi pelajar.
Antaranya mengadakan gotong-royong sebelum berakhir cuti persekolahan dan memusnahkan tempat atau bekas yang boleh menakung air, memasang ‘Mosquito Netting’ pada lubang udara septik sekolah dan kuarters guru, selepas bercuti membuat pemeriksaan ke atas murid yang demam dan rujuk klinik berhampiran segera.
sumber : sinarharian

No comments:
Post a Comment