Partime Job

Monday 26 March 2012

2 beranak bergaduh

GOMBAK: Salah faham urusan perniagaan menyebabkan bapa yang hilang pertimbangan membelasah anaknya dengan kayu sehingga mangsa cedera di kepala dan badan serta terpaksa menerima rawatan di Hospital Selayang, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun datang ke rumah bapanya di Batu Caves, dekat sini, selepas dihubungi lelaki berusia 56 tahun itu yang mahu berbincang mengenai urusan perniagaan mereka.


Menurut sumber, pada mulanya perbincangan lancar sebelum bertukar panas apabila masing-masing mempertahankan pendapat Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan kejadian itu

sumber : mymetro

No comments: