SERI ALAM: Belum hilang rasa sedih selepas pemergian Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang pada 1 Mac lalu, keluarga kanak-kanak itu mendakwa terancam berikutan beberapa insiden dilalui keluarga berkenaan dengan terbaru cubaan memecah masuk rumah mereka di Flat Seri Delima, Bandar Baru Seri Alam.
Dalam kejadian jam 1 pagi kelmarin, keluarga Dirang yang sedang tidur dikejutkan dengan bunyi bising dari siling.
Bunyi aneh yang pada mulanya disangka burung menyebabkan mereka tidak mengendahkannya, bagaimanapun mula berasa pelik apabila ia semakin kuat seperti seseorang sedang mengorek lubang pada siling berkenaan.
Ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, berkata, kejadian itu disedari adik iparnya sebelum semua ahli keluarga dikejutkan daripada tidur.
“Kami meminta bantuan jiran untuk mengesan punca bunyi terbabit. Kerana risau, kami menendang dinding dan tiang rumah. Bunyi aneh itu kemudian hilang selepas jiran memenuhi depan rumah.
sumber : mymetro
No comments:
Post a Comment