KUALA LUMPUR 14 Mac - Seramai 146 kakitangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hari ini dinaikkan pangkat.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, kenaikan pangkat itu merupakan pengiktirafan ke atas prestasi cemerlang, usaha gigih dan komitmen kakitangannya selama ini.
"Semoga kenaikan pangkat ini dapat meningkatkan lagi komitmen dan sumbangan warga kerja RISDA dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan jayanya serta penuh integriti.
"Kejayaan serta pencapaian setakat ini tidak mungkin diperoleh tanpa komitmen dan dedikasi yang terjalin antara pegawai-pegawai RISDA," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian watikah kenaikan pangkat 2012 di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Mohamat Muda dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat), Ahmad Sufi Alias.
sumber : utusan

No comments:
Post a Comment