Partime Job

There was an error in this gadget

Saturday, 11 February 2012

Udang Bengal


Bahan-bahan :
10-15 ekor udang
minyak untuk menumis
3cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1/2inci halia (ditumbuk/digiling)
1 biji bawang besar (ditumbuk/digiling)
1 ulas bawang putih (ditumbuk/digiling)
1 sb cili boh
1 inci kunyit (ditumbuk/digiling)
sedikit jintan putih
garam secukup rasa
1/2 cawan air

Cara-cara :
1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, jintan putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga wangi atau sehingga kering sedikit.
2) Selepas itu,masukkan udang dan air sehingga masak/air kering sedikit.
3) Masukkan garam dan sedia untuk dihidangkan..

Selamat Mencuba! (^_^)

2 comments:

faa.rosli said...

sedapnya udang tuu!

Puteri Salju said...

hehe.. cuba la masak...