Partime Job

Monday 27 February 2012

Sukaguam cadang potongan gaji suami


TELUK INTAN – Suka­relawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) mencadangkan satu rang undang undang dapat dirangka bagi membolehkan isteri mendapat nafkah menerusi potongan gaji suami secara automatik.

Pengerusinya, Datuk Khai­rul Anwar Rahmat berkata, cadangan itu untuk memastikan hak nafkah isteri terbela jika sesuatu berlaku.

Menurutnya, pihaknya sering menerima aduan mengatakan suami cuai atau culas dalam memberikan nafkah.

“Kebanyakan suami terbabit dalam kes ini dari golongan berpendapatan pertengahan antara RM1,500 hingga RM3,500 sebulan,” katanya selepas Seminar Kesedaran dan Perundangan Islam di sini, semalam.

Khairul Anwar berkata, menjadi tanggungjawab sosial Sukaguam membantu isteri supaya tidak menjadi mangsa penganiayaan suami.

Katanya, jika suami cuai memberikan nafkah, isteri boleh mengambil tindakan mah kamah.

Menurutnya, pihaknya juga banyak menerima aduan menerusi laman Facebook, talian telefon atau datang sendiri ke pejabat mengenai sikap suami culas dan tidak menunaikan tanggungjawab membayar nafkah keluarga.

Beliau berkata, ia bertentangan hukum syarak dan suami boleh dikenakan denda RM3,000 atau enam bulan penjara atau keduanya sekali jika sabit kesalahan di Mahkamah Syariah.

Dalam perkembangan lain, lebih 50 peratus isteri yang mengalami krisis rumah tangga membuat aduan kepada Sukaguam sejak pertubuhan itu ditubuhkan enam bulan lalu.

“Setakat ini, kira-kira 30 peratus kes berjaya diselesaikan sementara 70 peratus dalam proses untuk tindakan selanjutnya.

“Kita berharap isteri yang yang berdepan dengan kes seperti ini ini segera menghubungi peguam Sukaguam yang memberi khidmat percuma yang memberi kerjasama dengan Majlis Agama lslam setiap negeri,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

No comments: