Partime Job

Monday 13 February 2012

Gantung Patung Bawah Kereta

Pernah nampak diorang gantung patung bawah kereta? Nak tau Maksud semua ni.. Jom baca artikal kat bawah ni yang saya dapati dari FB Ismizurinah



Seringkali kita lihat kebanyakan kereta di jalan raya negara kita, dibawah kereta mereka pasti ada tergantung patung di situ. Sudah tentu ramai yang terfikir, dari mana asalnya trend meletakkan patung seperti itu. Untuk pengetahuan semua, perlakuan meletakkan patung di bwah kereta itu adalah berasal dari budaya orang Thailand. Ok, saya akan letakkan sedikit petikan dari satu site yang saya jumpa ya, yang bercerita tentang trend patung pada zaman skarang ini..

....“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”

“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”

“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”

Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka....

Untuk bacaan yang lebih penuh, saya akan sertakan link di akhir post ini.

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..

Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Sumber >> Mohamad Azzwan Niza
Link asal >> http://www.gilerkentang.com/trend-meletak-anak-patung-di-bumper-kereta/

1 comment:

faa.rosli said...

mmg bersepah org letak..haish..good info sis!