Partime Job

There was an error in this gadget

Sunday, 15 January 2012

Masak Lemak Daging Salai by Chef Anis Nabila

Sumber & Gambar : MasterChef Malaysia


    BAHAN-BAHAN:
  • Daging (dipotong mengikut urat dengan ketebalan 1 inci) - 1 kg
  • Bawang Kuning (dikisar) - 1 biji
  • Bawang Merah (dikisar) - 4 biji
  • Bawang Putih (dikisar) - 6 ulas
  • Cili Padi (dikisar) - 18 biji
  • Kunyit Hidup (dikisar) - 1 inci
  • Daun Ketumbar dan akarnya
  • Asam Keping - 3 keping
  • Daun Kunyit - 1 helai
  • Daun Limau Purut - 4 helai
  • Serai (dititik) - 4 batang
  • Lengkuas (dititik) - 3 inci
  • Santan - 500 ml
  • Air
  • Garam dan Gula
  • Serbuk Kunyit (untuk memerap daging)
  • Hiasan: Cili Merah, Cili Hijau, Daun Kunyit, Serai
    CARA-CARA PENYEDIAAN:
  • Rendamkan tempurung dan serpihan kayu didalam air untuk seketika dan masukkan ke dalam dulang ketuhar (deep oven tray).
  • Panaskan seketika didalam ketuhar sehingga menghasilkan asap. Keluarkan dulang tersebut, dan letakkan ‘wire rack’ diatas nya.
  • Susunkan daging yang telah diperap dengan kunyit dan garam diatas ‘wire rack’ kemudian balutkan dulang dengan pembalut aluminum dan masukkan sekali lagi ke dalam ketuhar.
  • Daging perlu disalai sehingga masak. Daging yang telah disalai perlu dihiris nipis (lawan urat).
  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar didalam periuk bersama daging dan sedikit air.
  • Masukkan asam keping, daun limau purut, serai, lengkuas dan rebuskan sehingga mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan santan, daun ketumbar, garam dan gula.

No comments: