Partime Job

There was an error in this gadget

Sunday, 15 January 2012

Cucur Udang by Chef Johari

Sumber & Gambar : MasterChef Malaysia


    BAHAN-BAHAN CUCUR UDANG:
  • Tepung - 200gm
  • Tepung Beras - 2 sudu besar
  • Air - 1 cawan
  • Pes Cili - 1 sudu kecil
  • Bawang Merah - 1 biji
  • Daun Kucai - 80gm
  • Kentang - 1 biji
  • Jagung Kernel - ½ cawan
  • Udang Kecil Segar - 100gm
  • Garam
  • Lada Sulah
  • Minyak Masak
  • BAHAN-BAHAN SOS KACANG KUDA:
  • Kacang Kuda (disejukkan) - 1 cawan
  • Cili Kering - 1 biji
  • Serbuk Kari Daging - 2 sudu besar
  • Bawang Merah - 1 ulas
  • Dadih Asli (Plain Yogurt) - 1 cawan
  • Daun Kari
  • Minyak Neuvida
    CARA-CARA PENYEDIAAN ADUNAN TEPUNG:
  • Tepung dan tepung beras diayak dalam mangkuk sehingga tiada ketulan.
  • Masukkan garam dan lada secukup rasa.
  • Udang dikopek kulit dan dibuang kepala dan perut.
  • Bawang dimayang halus dan daun kucai dipotong panjang (ukuran – 1 inci).
  • Kentang dibersihkan dan dimayang halus.
  • Masukkan cili, bawang, udang, daun kucai dan kentang ke dalam adunan tepung tadi.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit, gaul rata sehingga sebati.

    CARA-CARA PENYEDIAAN SOS KACANG KUDA:
  • Kacang kuda direndam semalaman didalam air sejuk, dibiarkan dalam suhu bilik.
  • Rebus kacang kuda yang telah direndam dengan air bersih. Masukkan garam dan cili kering bersama kacang kuda tersebut. Rebus sehingga kacang menjadi empuk dan toskan menggunakan penapis dan asingkan air rebusan kacang di dalam bekas berasingan. Sejukkan kacang yang telah ditoskan.
  • Bawang merah dipotong dadu halus dan bawang putih dititik.
  • Panaskan minyak dalam kuali/periuk. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga naik bau. Seterusnya masukkan daun kari.
  • Masukkan serbuk kari dan gaul dengan perlahan. Pastikan api perlahan juga.
  • Apabila sudah pecah minyak, masukkan kacang kuda tadi.
  • Goreng dalam 1 hingga 2 minit. Tuangkan 1 cawan air rebusan kacang tadi.
  • Didihkan selama 5 minit sehingga kari tadi menyerap ke dalam kacang.
  • Guna pelenyek untuk melenyekkan kacang dalam periuk tadi sehingga menjadi bentuk pati.
  • Pindahkan sos kacang kuda yang dilenyek ke dalam mangkuk. Biarkan sehingga sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Sebelum dihidang, gaulkan dengan susu masam.
  • Betulkan rasa dengan garam. Tambahkan limau jika inginkan rasa masam.

    CARA-CARA MENGORENG CUCUR
  • Panaskan minyak didalam kuali sehingga menjengkau 160°C.
  • Masukkan adunan tepung menggunakan sudu dan goreng
  • .
  • Goreng sehingga warna menjadi keemasan.
  • Hidangkan cucur udang bersama sos kacang kuda.

    PRESSURE POINT:
  • Masukkan daun kari pada peringkat air untuk mengekalkan kesegaran aroma daun kari dan untuk mengelakkan dari daun kari itu hangit).
  • Pastikan jangan gaul adunan terlalu lama kerana cucur udang akan menjadi keras dan tidak ranggup).

    TIPS:
  • Tuangkan sedikit Minyak Bunga Matahari ke dalam sos kacang kuda sebelum menghidangkannya).

No comments: