Pasangan popular, Mawi dan Ekin sepakat menamakan bayi sulung mereka Cahaya Malaika yang membawa maksud Cahaya Permaisuriku.
Berita itu diumumkan Mawi secara eksklusif di radio Era, pagi semalam.
Menurut Mawi, nama itu dipilih sejak mendapat tahu Ekin hamil anak perempuan.
Sehingga kini, Mawi masih belum mahu mendedahkan gambar anaknya itu kepada umum sehingga dia mengadakan kenduri kesyukuran dalam masa terdekat.
Cahaya Malaika dilahirkan Selasa lalu, jam 4 pagi di sebuah hospital swasta dengan berat 2.8 kilogram.
Kehadiran cahaya mata sulung Mawi dan Ekin menamatkan penantian pasangan ini yang bernikah pada 20 Disember 2008.
Ekin pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum disahkan hamil kali ketiga, Julai tahun lalu.
Sumber : SInar Harian
No comments:
Post a Comment