Partime Job

Friday, 24 February 2012

Tenteramkan Bayi Menangis Malam


Seringkali bayi yang sedang tidur akan terjaga di waktu malam dan menangis dengan kuatnya. Tabiat itu pastinya akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ibu bapa. Lebih-lebih lagi sekiranya tangisan itu berterusan untuk tempoh yang lam.

Sebenarnya tangisan itu merupakan cara bayi tersebut menzahirkan emosi dan perasaan mereka.

Oleh itu, ibu bapa perlu memahami sebab mengapa bayi mereka menangis.

Bayi mungkin menangis sekiranya dia terasa lapar dan mungkin akan berhenti sekiranya dia disusukan. Kemungkinan juga ia disebabkan lampin basah dan dia terasa sejuk.

Mungkin juga bayi berasa kurang sihat seperti sakit atau kembung perut. Malah mungkin hidungnya tersumbat.

Bayi juga sebenarnya mudah merasa kerengsaan kulit di bahagian punggung mahupun di sekitar badannya di samping rasa kurang selesa dan keseorangan yang menyebabkan dia mahu didukung serta ditenteramkan oleh ibu.

Bagi ibu-ibu pula jangan mudah merasa cemas dengan tangisan bayi. Mereka sepatutnya mengetahui sama ada tangisan bayi mereka itu berada dalam kelaparan mahupun kesakitan. Perangai bayi memang berbeza antara satu sama lain dan ada juga yang menangis tanpa sebab-sebab tertentu.

Sumber : Utusan - Keluarga

No comments: