Partime Job

Monday, 27 February 2012

Pada Golongan Orang Tua Tak Sayang Orang Muda

KUALA LUMPUR: “Ini satu lagi gambaran, orang diberi rezeki tidak nampak Tuhan, tidak nampak ‘pembekal rezeki’. Walaupun mewah, hebat dan ternama, masih derhaka pada Allah...dia rugi dalam hidup,” kata pendakwah bebas yang juga kaunselor, Dr Rubiah Hamzah.

Katanya, ini menyebabkan ‘orang berduit’ sanggup berbuat apa saja demi memenuhi cita-cita, walaupun memusnahkan masa depan gadis berstatus cicit.


“Pada saya, bayangan agama hilang daripada pegangan orang berduit dan mencari anak remaja terutama gadis yang sanggup berbuat apa saja demi duit.

“Pada mereka, bila mempunyai ‘kuasa duit’, maka boleh kuasai segala-galanya.


“Ini juga petanda generasi tua tidak sayangkan orang muda, sebaliknya nak memusnahkan hidup mereka,” katanya.


ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam, mengenai ‘Moyang terlampau’ berusia 75 tahun yang memiliki dua isteri dan bercicit, tetapi meneruskan kegilaannya terhadap gadis belasan tahun, malah menggunakan bomoh jika kemahuannya ditolak.


Bagi mencapai hajatnya, moyang itu yang berharta tidak berkira untuk menghamburkan wang, asalkan ‘pucuk muda’ diidam jatuh ke tangan.

Lebih jijik, dia didakwa menggunakan bomoh untuk menyihir mangsa yang menolak kemahuannya.


Setakat ini, tiga gadis belasan tahun mendakwa dinodai lelaki dikenali sebagai Borhan itu sehingga seorang mengandung anak luar nikah.


Katanya, selalunya hanya lima peratus masalah seperti itu akibat bomoh dan sihir, manakala selebihnya akibat tindakan gadis itu sendiri.


Menurutnya, perubahan diri perlu ada pada setiap insan lebih-lebih pada ‘usia maghrib’ untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Katanya, isteri tidak perlu malu menasihati memberikan nasihat kepada pasangan kerana biarpun dimarahi, nasihat itu ‘meresap’.


Sumber : Harian Metro

No comments: