Partime Job

Monday, 27 February 2012

Bayi Alas Kaki Dirawat Di Hospital

KUALA TERENGGANU: Bayi lelaki berusia seminggu yang ditinggalkan di atas alas kaki di pintu hadapan rumah sebuah keluarga di Kampung Beladau Kepong, di sini, petang Sabtu lalu, masih ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk pemeriksaan lanjut.

Bayi malang itu yang dilaporkan berada dalam keadaan sihat ketika diserahkan seorang wanita berusia 23 tahun yang mengambil bayi berkenaan sebaik ditinggalkan seorang wanita warga emas pada jam 6 petang.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana buang bayi.

“Sehingga kini polis belum mendapat sebarang petunjuk mengenai ibu bapa bayi berkenaan.


“Buat masa ini, pihak hospital masih menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap bayi berkenaan bagi mengenal pasti identiti ibu bapa bayi terbabit,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Zuhami Omar berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu selepas hospital menyerahkan bayi terbabit kepada jabatan berkenaan.

Beliau berkata, sebaik diserahkan, pihaknya akan menempatkan bayi berkenaan di Rumah Kanak-Kanak di Kuantan selama sebulan dan dalam tempoh itu, akan berusaha mencari ibu bapa atau waris bayi terbabit.


Metro Ahad semalam melaporkan seorang wanita, Wan Shahira Wan Nazri, 23 mendakwa seorang wanita warga emas berusia 70-an meninggalkan bayi lelaki berusia seminggu di atas alas kaki di pintu hadapan rumah keluarga angkatnya di Kampung Beladau Kepong, Sabtu lalu.

Menurutnya, wanita berkenaan yang mendakwa dari Jerangau, Hulu Terengganu dan mengenali ibu angkatnya, Rokiah Mohamad, 36.

SUmber : Harian Metro

No comments: