Partime Job

Tuesday 3 July 2012

Gol 4-0, Anggota Polis Ditembak 4 kali pada jam kira-kira 4 pagi

JOHOR BAHRU - Seorang anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Nusajaya bertarung nyawa selepas ditembak empat kali di luar sebuah pusat hiburan di Nusa Bestari pagi tadi.

Konstabel Snilus Lembik, 24, yang berasal dari Salim, Sibu, Sarawak ditembak apabila seorang lelaki merampas pistolnya dan menembak bahagian perutnya sebanyak empat kali.

Kejadian berlaku kira-kira 4 pagi apabila dikatakan timbul satu pergaduhan antara mangsa dengan lelaki tersebut yang dipercayai mabuk selepas minum di pusat hiburan itu yang terletak di tingkat satu premis berkenaan, ketika\ berlangsung perlawanan akhir Piala Euro 2012 antara Sepanyol dan Itali.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supt Noor Hashim Mohamed yang mengesahkan kejadian itu berkata polis sampai ke tempat kejadian beberapa minit selepas dimaklumkan mengenai pergaduhan itu.

"Kita telah menahan suspek yang berusia 20-an itu," katanya.

Menurut beliau, Snilus yang kini berada di dalam keadaan koma ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah di sini. Kes diklasifikasikan sebagai cubaan bunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, ibu bapa Snilus sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan akan tiba di Lapangan Terbang Senai malam ini. Snilus yang masih bujang telah bertugas sebagai anggota polis hampir tiga tahun. - Bernama

No comments: