Partime Job

Friday 1 June 2012

Hasrat murni berakhir tragedi

SUBANG JAYA: Seorang lelaki tidak menyangka hasratnya untuk membantu dua remaja yang sedang menolak motosikal yang pancit di Kilometer 10.5, Lebuhraya Elite, dekat sini, akhirnya meragut nyawa seorang penunggang lain yang tiba-tiba merempuh belakang kenderaannya, semalam.

Menurut pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dikenali sebagai Tee, dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, dia memberhentikan pikap Toyota Hilux miliknya di tepi jalan di lorong kecemasan sebelum berusaha membantu remaja berkenaan.


Katanya, selepas menyedari tidak mampu menukar tayar berkenaan, dia merancang untuk mengangkat motosikal berkenaan ke bahagian belakang kereta sebelum menghantar kedua-dua remaja itu ke bengkel berdekatan.

“Mereka terpaksa menolak motosikal itu kerana tayar belakangnya pancit, kebetulan saya lalu di situ jadi saya berhenti untuk membantu.


“Kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada peralatan untuk menukar tayar, jadi saya bercadang menghantar mereka terus ke bengkel dengan cara memuatkan motosikal di belakang pikap saya,” katanya.


Ketika sedang sibuk membantu remaja itu menolak motosikalnya ke arah kereta, Tee berkata sebuah motosikal yang dipandu laju tiba-tiba merempuh belakang kenderaannya.

Akibat rempuhan itu, mangsa, Mohd Adzhar Zainal Abidin, 40, dari Taman Kinrara, Puchong, tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

sumber : hmetro

No comments: