Partime Job

Friday 15 June 2012

GRO tersekat belakang aircond



SEREMBAN – Akibat bimbang ditangkap pihak berkuasa, seorang pelayan pelanggan (GRO) sanggup mengambil risiko menyo rok di belakang alat pendingin hawa, di tingkat dua, sebuah pusat hiburan di Rasah Jaya, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, tindakannya itu menyusahkan dirinya sendiri kerana dia tersekat di situ sehingga Jabatan Bomba dan Penyelamat Rahang terpaksa dipanggil Jabatan Imigresen bagi membantu menurunkannya.

Dalam kejadian kirakira jam 10 malam itu, wanita warganegara China berusia lingkungan 30-an, panik apabila menyedari kehadiran penguat kuasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan yang melakukan serbuan.

Pengarahnya, Faizal Fazri Othman berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit cuba melarikan diri dengan memanjat lubang siling, menggunakan tangga yang disediakan pemilik pusat hiburan berkenaan.

“Namun dia yang panik mula hilang arah apabila hanya sempat menyorok di belakang alat pendingin hawa dan tersekat kerana tiada laluan lain untuk melarikan diri. "Bomba terpaksa mengambil masa hampir satu jam untuk menyelamatkannya kerana wanita terbabit takut dengan ketinggian," katanya, kelmarin.

sumber : sinarharian

No comments: