Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 4 May 2012

Gara-Gara hantar Mesej lucah


KUALA TERENGGANU - “Bagi saya awak ‘best of the best’, biarlah awak janda pun, ikhlas dari hati saya bagitahu.”

Itu antara isi kandungan khimat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar seorang buruh yang gila bayang selepas ‘merindui’ penangan urutan tangan seorang janda beranak satu.

Bukan itu sahaja, bapa kepada empat anak itu juga kerap mengganggu janda berkenaan dengan menghantar SMS dan MMS berbaur lucah.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral tertuduh, Mohd Ruslaini Rais, 49, akhirnya menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Limbat, Bukit Payong, Marang mengaku bersalah dengan sengaja mengaibkan kehormatan terhadap mangsa, 40, melalui SMS dan MMS berunsur lucah pada 28 Disember tahun lalu kira-kira jam 6.11 petang di sebuah kedai makan di Kuala Ibai, di sini.

Tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, mangsa sedang makan bersama rakannya dan menerima SMS daripada nombor telefon tidak dikenali dipercayai milik tertuduh.

Disebabkan tidak tahan dengan gangguan tertuduh, mangsa yang bekerja sebagai tukang urut profesional itu mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis daerah Kuala Terengganu.

Susulan laporan dibuat, tertuduh ditangkap di kediamannya pada 9 April lalu, kira-kira jam 4 pagi

sumber : sinarharian

No comments: