Partime Job

Friday 4 May 2012

Kehilangan' timbul tanda tanya


PASIR GUDANG - Penemuan mayat sepasang suami isteri dan tiga anaknya di sebuah pusat penghawa dingin di Jalan Serangkai 4, Taman Bukit Dahlia, Masai, di sini malam kelmarin,

mengejutkan peniaga yang beroperasi di kawasan berhampiran.

Salah seorang pekerja bengkel, Rizal Ahmad, 22, berkata, kali terakhir dia melihat keluarga berkenaan pada beberapa hari lalu, namun tiada perkara mencurigakan berlaku.

“Kami jarang bercakap dan hanya menumpukan kepada perniagaan masing-masing.

“Sebelum ini, mereka juga beroperasi dengan tidak menentu, kadang-kadang buka (kedai), kadang-kadang tutup,” katanya.

Rizal berkata, pemilik pusat penghawa dingin berkenaan diusahakan sepenuhnya oleh pasangan suami isteri berkenaan tanpa bantuan pekerja tambahan lain, sejak beberapa bulan

lalu.

“Walaupun kami jarang bertegur sapa, namun kematian mereka amat mengejutkan dan saya juga tidak pernah mendengar sebarang pertengkaran atau pergaduhan berlaku dalam

keluarga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, pekerja kedai serbaneka, Amrit Tahapa, 26 berkata, ‘kehilangan’ tiga anak kecil milik pasangan suami isteri berkenaan yang jarang kelihatan menimbulkan tanda tanya

namun menyangka mereka sekeluarga pulang ke kampung.

“Sebelum ini mereka selalu datang ke kedai ini untuk membeli makanan ringan dan minuman, malah anak-anak mereka kerap bermain di kaki lima kedai selepas pulang dari sekolah.

“Tetapi sejak dua, tiga hari lepas mereka tidak kelihatan dan kami menyangka mereka pulang ke kampung,” katanya.

Dalam pada itu, salah seorang pelanggan yang hanya ingin dikenali sebagai Affandi berkata, dia pernah mendapatkan khidmat pasangan suami isteri berkenaan untuk membaiki

penghawa dingin keretanya yang rosak.

“Akhir bulan lalu, saya ada ke kedai mereka untuk baiki kenderaan, dan beberapa hari lalu saya datang semula ke kedai mereka untuk membaiki kerosakan sama.

“Petang semalam (kelmarin) saya datang sekali lagi ke kedai ini dan kebetulan bertemu dengan bapa mangsa yang sedang mencari anaknya yang sudah beberapa hari gagal dihubungi.

“Kami berasa curiga apabila terhidu bau busuk ketika mendekati pintu kedai dan segera menghubungi pihak polis,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: