Partime Job

Thursday 19 April 2012

Suami ke masjid mati nahas

POKOK SENA: “Arwah tidak menunjukkan kelakuan pelik ketika hendak keluar rumah memandangkan setiap kali masuk waktu solat, dia berjemaah di masjid berhampiran menunggang motosikalnya,” kata Saisah Jiran, 50, isteri Che Mat Rejab, 68, yang maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Batu 9, Jabi menghala Pokok Sena, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa yang juga penoreh getah memakai baju Melayu biru dan berkain pelekat kelabu singgah ke kedai di seberang jalan kampungnya sebelum membuat pusingan U untuk ke masjid.


Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala.

sumber : hmetro

No comments: