Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 19 April 2012

Sistem komuter Singapura lumpuh dua jam


SINGAPURA - Sistem tren metro baharu yang menelan kos beberapa bilion dolar di Singapura lumpuh untuk hari ketiga berturut-turut semalam.

Sistem komuter tersebut tergendala selama dua jam dan melibatkan lapan buah stesen di laluan baharu sepanjang 36 kilometer ketika orang ramai bergegas ke tempat kerja.

Ia berlaku dua hari selepas satu perbicaraan awam diadakan berhubung gangguan besar-besaran yang menyebabkan 127,000 pengguna tren di Singapura tergendala selama beberapa jam pada Disember tahun lalu, sekali gus menjadi gangguan terburuk sejak sistem metro dirasmikan pada 1987.

Gangguan melibatkan sistem komuter di Singapura semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini dengan kebanyakan masalah didapati berpunca daripada kerosakan mekanikal atau elektrik.

Sejak seminggu lalu, empat seksyen berlainan dalam sistem metro mengalami gangguan perkhidmatan.

Insiden terbaru berlaku sekitar pukul 8.05 pagi semalam apabila pengendali tren berkenaan, Perbadanan SMRT, mengumumkan di laman sosial Twitter bahawa "kerosakan landasan" menyebabkan perkhidmatan antara empat buah stesen telah dihentikan.

Sejam kemudian, SMRT memberitahu, perkhidmatan tren di lapan buah stesen lain turut tergendala.

Menurut media tempatan, laluan terbabit yang dinamakan Circle Line dibina dengan kos melebihi AS$6.40 bilion (RM19.6 bilion) dan mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan. - AFP

sumber : kosmo

No comments: