Partime Job

There was an error in this gadget

Tuesday, 3 April 2012

Sijil halal barang haram


SHAH ALAM: Sebuah pasar raya di Seksyen 23, di sini, diarah menanggalkan sijil dan logo halal yang dipamerkan di premis mereka selepas pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati ia tidak diiktiraf pihak berkuasa berkenaan, pagi semalam.

Penolong Pengarah Jakim, Adam Drahman berkata, pasar raya itu dikesan meletakkan sijil dan logo halal bersaiz besar di luar premis, padahal hanya beberapa bahagian jualan makanan di dalam premis itu yang memiliki sijil dan logo halal sah, pada jam 11 pagi.


Beliau berkata, tindakan pemilik premis mempamerkan logo halal bersaiz besar itu seolah-olah menunjukkan semua barang jualan di pasar raya berkenaan dijamin halal, walaupun terdapat barang dijual tidak halal.

“Setakat ini, kami memberi amaran kepada pemilik terbabit, namun tindakan tegas diambil jika mereka dikesan melakukan kesalahan sama pada masa depan.


“Kami kesal dengan sikap segelintir pihak yang mendakwa tidak menyedari peraturan baru itu meskipun Jakim sudah banyak kali mengumumkan sijil dan logo halal yang sah hanya dikeluarkan pihak kami,” katanya ketika ditemui di sini, selepas serbuan berakhir semalam.


Sementara itu, dalam serbuan berasingan jam 1.30 tengah hari sama, Jakim mengeluarkan surat amaran kepada sebuah kedai makanan di Seksyen 7, di sini, kerana mencabar undang-undang dan gagal mempamerkan sijil serta logo halal selain hanya menampal ayat al-Quran bagi mengaburi pihak berkuasa dan pelanggan.

Katanya, apabila diarahkan menanggalkan ayat berkenaan, pemilik premis enggan, malah mencabar pihak Jakim menyaman mereka.


“Anggota penguat kuasa Jakim menyerbu kedai makan terbabit dan apabila diperiksa premis itu hanya mempunyai sijil halal menyembelih ayam atas nama premis lain.

“Kami sudah mengeluarkan surat amaran. Jika pemilik premis masih berdegil dan gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. “Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua atau berikutnya RM10 juta bagi premis jenis pertubuhan atau perbadanan.


“Manakala, bagi yang bukan pertubuhan atau perbadanan, mereka boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya denda RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.


Menurutnya, Jakim sudah mengumumkan mengenai tiga fasa baru yang dijalankan iaitu fasa satu pada Januari hingga Mac, pihaknya memberi nasihat dan teguran, fasa dua bermula pada April hingga Jun termasuk memberi surat amaran dan fasa tiga pada Julai tindakan penguatkuasaan dijalankan dengan premis yang didapati masih melakukan kesalahan sama dikenakan tindakan tegas.

sumber : mymetro

No comments: