Monday, 2 April 2012
RISDA cetuskan lompatan saujana ke arah peningkatan hidup pekebun kecil
MENTERI Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said (empat dari kanan) dan Ketua Pengarah RISDA, Dato' Wan Mohamad Zuki Mohamad menabur baja pada Majlis Pelancaran Program Kasihi Pekebun dan Gerakan Membaja Peringkat Negeri Terengganu di TSB Perasing Jaya Jabor, Kemaman, semalam.
KEMAMAN 1 April - Pelbagai pendekatan yang digerakkan oleh RISDA mampu mencetuskan lompatan saujana ke arah peningkatan kesejahteraan hidup pekebun kecil di negara ini.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said yakin, di bawah kepimpinan Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik, program-program dapat diterjemahkan dengan berkesan dengan dukungan bersama masyarakat.
Bagaimanapun katanya, komitmen kerajaan melalui RISDA untuk membantu masyarakat tani seperti pekebun kecil getah perlu seiring dengan komitmen mereka untuk memajukan diri sendiri bagi mempelbagaikan sumber pendapatan.
sumber : utusan
Labels:
Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment