Partime Job

Sunday 15 April 2012

Resepi Kek Coklat Lembut

Jom minum petang dengan kek yang lembut dan mudah ni.. (^_^)

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan gula kaster
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan serbuk coklat
2 sudu kecil bikarbonat soda
2 sudu kecil baking powder
3 biji telur kuning
2 biji telur putih
1 buku buttercup (250g)
1 cawan susu cair
1 cawan air panas

Cara-Cara :
1. Tepung gandum, serbuk koko, serbuk coklat, bikarbonat soda dan baking powder diayak dan digaulkan bersama gula kaster.

2. Masukkan buttercup yang telah dicairkan dan gaul sebati.

3. Masukkan telur putih & kuning dan gaul sebati..

4. Masukkan susu cair.. Gaul sebati.

5. Akhir sekali, masukkan air panas dan gaul sebati.

6. Masak selama 1jam pada suhu 180 darjah celcius.


Selamat Mencuba !

* Gaul sebati bermaksud just gaul sahaja sehingga semua adunan rata. Tidak perlu guna mixer.

No comments: