Partime Job

Wednesday 4 April 2012

Polis sahkan bayi 2 bulan mati kerana tersedak susu


GEORGETOWN - Polis mengesahkan punca kematian bayi lelaki berusia dua bulan petang semalam disebabkan tersedak susu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian bayi itu adalah kerana tersedak susu.

“Laporan bedah siasat melaporkan tiada kesan kecederaan lain pada tubuh bayi dan tiada unsur jenayah. Kematikan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya kepada media hari ini.

Kelmarin, seorang bayi lelaki berusia dua bulan maut dipercayai akibat tersedak susu ketika berada di rumah pengasuhnya di Taman Desa Permata,Paya Terubong.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu disedari pengasuhnya apabila Lau Yi Yang tidak sedar diri selepas minum sebotol susu.

Menyedari kejadian itu, pengasuh berkenaan terus membawa bayi malang itu ke sebuah klinik berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

sumber : sinarharian

No comments: