Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 19 April 2012

Penjawat awam perlu tingkat prestasi kerja

KUALA TERENGGANU - Penjawat awam di negeri ini diseru meningkatkan prestasi kerja supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Seruan dibuat oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah bertujuan supaya sasaran mencapai pengiktirafan lima bintang terlaksana dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai mulai tahun ini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan warga kerja Wisma Darul Iman di sini hari ini, beliau percaya usaha Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mencapai pengiktirafan lima bintang oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) itu dapat dicapai.

Mazlan berkata bagi merealisasi sasaran itu penjawat awam perlu peka dengan keperluan pelanggan dengan mengikut panduan pekeliling pengurusan kerana tugas utama mereka sebagai pemudah cara menyelesaikan pelbagai masalah atau memenuhi keperluan rakyat.

"Paling penting penjawat awam di Terengganu hendaklah memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan melayani kehendak mereka dengan mesra semasa berurusan," katanya.

Mazlan berkata perkhidmatan penjawat awam negeri itu mula dinilai pada 2009 dan pada 2010 telah dikelaskan sebagai empat bintang sehingga sekarang.

Mengenai disiplin kakitangan awam negeri itu, beliau berkata, tahun lepas seramai lapan orang ditamatkan perkhidmatan mereka atas kesalahan disiplin tidak menepati masa bekerja.

"Ada juga yang terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah. Namun mereka tidak ditamatkan perkhidmatan sebelum didapati bersalah oleh mahkamah.

"Mereka yang terlibat kita gantung dulu selama enam bulan, jika didapati tidak bersalah oleh mahkamah, mereka bolehlah kembali bertugas," katanya.

Sehubungan dengan itu Mazlan menasihatkan kakitangan awam di negeri itu menjaga disiplin mereka dan bekerja dengan baik supaya perkhidmatan yang diberi. dapat memuaskan hati pelanggan.

Seramai 15 kakitangan menerima Anugerah Perkhimatan Cemerlang (APC) bagi tiga bulan berturut-turut iaitu Januari, Februari dan Mac.- Bernama

No comments: