Partime Job

Wednesday 18 April 2012

Peda jangka Proton Prev� paling laris


MODEL terbaru keluaran Proton Holdings Berhad, Prev� yang dilancarkan kelmarin mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengguna dan ia dinantikan sebagaimana ketika awal kemunculan Proton Waja.

Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (Peda), Armin Baniaz Pahamin berkata, sempena pelancaran kereta berkenaan, semua pengendali Proton Edar diarahkan merahsiakan rupa bentuk Proton Prev� walaupun menerima kenderaan berkenaan sekitar jam 4 petang kelmarin sehinggalah selesai upacara perasmian.


“Selepas perasmian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam kemarin, kebanyakan bilik pameran Proton menerima kunjungan orang ramai yang ingin melihat lebih dekat kenderaan berkenaan.

“Malah, semua bilik pameran Proton melanjutkan operasi sehingga jam 12 malam,” katanya ketika ditemui di Putrajaya, semalam sambil menjangkakan Prev� akan menjadi model paling laris.


“Malah, semua bilik pameran Proton melanjutkan operasi sehingga jam 12 malam bagi memberi ruang kepada orang ramai melihat lebih dekat rupa sebenar Proton Prev�,” katanya.


Armin berkata, kebanyakan pengguna Proton begitu teruja menanti model berkenaan sebagaimana ketika awal kemunculan Proton Waja.

“Kebanyakan pengunjung agak terkejut melihat ruang dalaman Proton Prev� yang luas dan tertarik dengan bahagian kokpit yang menampilkan pelbagai gajet dan teknologi terkini,” katanya.

sumber : hmetro

No comments: