Partime Job

Thursday 12 April 2012

Nasib baik isteri ‘paut’ stereng


TANJUNG JARA - “Ketika kereta dipandu suami hilang kawalan dan nyaris terjunam dalam parit, saya sempat memaut stereng kereta, kalau tidak kami pasti kemalangan dan kereta masuk gaung.”

Demikian kata Rosidah Ngah, 36, ketika menceritakan detik cemas setelah kereta dinaiki nyaris masuk gaung setelah terbabas ketika cuba mengelak sebuah lori yang membuat pusingan u dekat sini, malam semalam.

Kemalangan kira-kira jam 9.30 malam itu berlaku ketika Rosidah bersama suami, Adamu Ali, 37 dua anaknya, Mohd Khairin, 5, Kamilia Insyirah, 3 serta seorang anak saudara, Khairunisa Mohd, 21 dalam perjalanan dari Gong Pasir menuju ke Kuala Terengganu manakala lori berkenaan dari Kemaman menuju ke Kuala Terengganu setelah menghantar bekalan minyak masak.

Dalam kejadian terbabit, sebuah lori tiga tan dipandu Asmadi Abdullah, 37 dari arah Dungun menghala ke Kuala Terengganu dikatakan cuba membuat pusingan u berdekatan persimpangan Tanjung Jara.

Manakala kereta Proton Wira dari arah sama dinaiki lima sekeluarga itu dikatakan cuba mengelak daripada melanggar lori terbabit sebelum dipercayai bergesel.

Akibat kejadian itu lori berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira dua meter di bahagian kanan jalan manakala kereta Proton Wira tersebut turut terbabas ke bahu kanan jalan.

Bagaimanapun, Adamu, kakitangan Takaful Malaysia bersama isterinya Rosidah yang duduk di tempat duduk hadapan bersama seorang anak perempuan, Kamilia Insyirah, 3 tidak cedera.

Menurut Rosidah, dia bersyukur kerana mereka semua terselamat dalam nahas yang nyaris meragut nyawa lima sekeluarga itu.

“Alhamdulillah, kami semua selamat dan tiada yang cedera, namun saya masih trauma kesan daripada kemalangan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun pemandu lori terbabit, Asmadi dan kelindannya, Mohd Yusuf hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan pihaknya.

sumber : sinarharian

No comments: