Partime Job

Tuesday 3 April 2012

Mayat ‘ghaib’ di parkir

HATYAI, SONGKHLA: Penduduk tempatan mendakwa ada mayat ‘ghaib’ ditinggalkan dalam kejadian letupan bom kereta di kawasan tempat letak kereta di tingkat bawah Hotel Lee Garden Plaza, di sini.

Seorang lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Noi, 40, berkata penduduk di sekitar bandar ini percaya jumlah mangsa yang maut dalam kejadian itu lebih ramai, bukan hanya tiga orang seperti didakwa pihak berkuasa.
Menurutnya, kereta jenis Honda Jazz yang diisi bahan letupan sebelum diletupkan dipercayai menyebabkan banyak kematian, namun ia cuba disembunyikan pihak berkuasa Thailand.

Katanya, tindakan berkenaan disifatkan bermotif politik, malah tindakan pihak berkuasa masih mengepung bangunan terbabit, termasuk menghalang orang awam memasukinya menguatkan lagi dakwaan itu.


“Kelibat kereta pihak berkuasa keluar masuk dari ruang bawah di bangunan itu setiap awal pagi dan lewat malam menimbulkan tanda tanya, termasuk mungkin tindakan memindahkan mayat secara senyap.

sumber : mymetro

No comments: