Partime Job

Friday 13 April 2012

Maxis eBooks pertama di Malaysia

Peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu terunggul Malaysia, Maxis Bhd (Maxis) menawarkan perkhidmatan buku digital pertama di rantau ini sekali gus melancarkan Maxis eBooks kepada pelanggan.
Naib Presiden dan Ketua Produk, Peranti, Inovasinya, T Kugan berkata, melalui perkhidmatan itu, pelanggan Maxis mempunyai akses lebih 300,000 judul buku tempatan dan antarabangsa menerusi 40 kategori.

Menurutnya, daripada jumlah judul buku yang disediakan, 20 peratus adalah karya tempatan­ manakala 80 peratus selebihnya melibatkan bahan bacaan antarabangsa.

“Sebanyak 31 peratus pengguna peranti dipintar dan ia lebih memudahkan mereka mendapatkan Maxis eBooks menerusi penggunaan sistem operasi Apple dan Andriod seperti iPad serta Samsung Galaxy Tab.

“Pelanggan boleh memuat turun buku digital pada harga serendah RM8 hingga RM99 dalam pelbagai bahasa seperti Malaysia, Inggeris, Cina dan Antarabangsa. Malah, 70 peratus daripada harga tersebut akan diagihkan semula kepada penerbit berkenaan,” katanya pada majlis pelancaran Maxis eBooks di Kuala Lumpur, semalam.

Kugan berkata, sebagai insentif tambahan, pelanggan boleh muat turun eBooks percuma terdiri daripada pelbagai judul tanpa sebarang caj data sehingga 31 Mei bagi mereka yang memuat turun buku menggunakan rangkaian 3G Maxis.

Katanya, perkhidmatan itu juga membolehkan pelanggan membina perpustakaan sendiri mengikut judul kegemaran­ dan mempunyai pelbagai keistimewaan lain seperti kamus, penanda (bookmarks) dan fungsi nota.

Maxis juga bekerjasama dengan Cempaka Schools untuk mengedarkan kandungan pembelajaran terdiri daripada penerbitan dan bahan rujukan guru melalui Maxis eBooks, sekali gus membolehkan pelajar mengakses kandungan tersebut secara digital.

sumber : sinarharian

No comments: