Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 4 April 2012

Maut gara-gara elak jalan rosak

KUANTAN - Gara-gara cuba mengelak permukaan jalan rosak, seorang penunggang warga emas maut apabila dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 8.5 Jalan Jerantut-Temerloh, pagi kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa Syed Omar Syed Sulaiman, 65 dari Kampung Temir, Jerantut mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Bandar Jerantut menghala ke Temerloh.

Menurutnya, ketika sampai di lokasi nahas, mangsa cuba mengelak permukaan jalan rosak di laluan kiri dan memasuki laluan tengah.

“Pada masa sama, sebuah kereta di belakangnya gagal mengelak motosikal mangsa lalu berlaku rempuhan,” katanya.

Mohamed Fauzi berkata, akibat rempuhan mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah serta disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Beliau berkata, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber : sinarharian

No comments: