Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 5 April 2012

Lelaki nyaris rentung kereta terbakar


KAJANG – Seorang pemandu nyaris maut apabila kereta Proton Wira yang dipandunya tiba-tiba terbakar.

Mangsa, Manivanan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.40 petang semalam, dia dalam perjalanan dari Kajang ke Putrajaya sebelum kenderaannya menghadapi masalah di susur ke Bangi berhampiran Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Menurutnya, dia bertindak memberhentikan kenderaannya apabila api mula menyambar kakinya dari pedal minyak namun bersyukur tidak berlaku kecederaan.

“Ketika itu saya memandu seorang dan tiba-tiba api menyambar dari bahagian bawah kaki kemungkinan disebabkan masalah pendawaian.

“Api cepat merebak, tidak sampai 10 minit habis keseluruhan kereta terbakar,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba Serdang, Nasarudin Mohd Kasim berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.50 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.\

“Kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh lima minit dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: