Partime Job

There was an error in this gadget

Tuesday, 3 April 2012

Lelaki didakwa cabul wanita dalam klinik

KUANTAN - Perbuatan seorang lelaki meraba payu dara dan punggung seorang wanita dalam sebuah klinik di sini Mei tahun lalu tidak bererti kesalahan yang dilakukan itu ‘dilupakan’ undang-undang.

Walaupun berjaya ‘melepaskan’ diri daripada tindakan undang-undang selama hampir setahun, kesalahan yang dilakukan akhirnya memakan diri apabila dia berjaya ditahan polis dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas kesalahan mencabul, semalam.

Tertuduh, Mohamad Fauzon Mohd Shah, 40, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah, bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan terhadap tuduhan tersebut.

Dia yang hadir dengan memakai baju T berwarna biru didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul mangsa berusia 31 tahun ketika berada di Klinik Kesihatan Kuantan, Jalan Datuk Lim Hoe Lek, awal Mei 2011.

Kerana perbuatannya itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Ekoran pengakuan tidak bersalahnya itu, Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Azman Ariffin menawarkan ikat jaminan sebanyak RM5,000.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Mei depan sebagai tarikh perbicaraan.

sumber : sinarharian

No comments: