Partime Job

Monday 16 April 2012

Laman Kenangan ganti rumah mayat

CHERAS: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) sentiasa peka terhadap keperluan penduduk di kawasan perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), terutama membabitkan isu penyediaan kemudahan awam lengkap untuk keselesaan umum.

Timbalan Menterinya, Datuk M Saravanan berkata, isu kebersihan dan penyediaan kemudahan awam menjadi fokus utama DBKL dalam mewujudkan persekitaran tempat tinggal selesa didiami. “Antara kemudahan yang diberi perhatian termasuk rumah mayat. Ia dibina khusus untuk kegunaan penduduk bukan Islam menjalankan upacara pengurusan mayat sebelum dihantar untuk pengebumian.


“Bagaimanapun, kami sedar nama rumah mayat tidak sesuai dan memberi konotasi negatif kepada penduduk khususnya kanak-kanak. Justeru, KWPKB dan DBKL bersetuju menggunakan Laman Kenangan sebagai ganti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Kehidupan Murni dan Laman Kenangan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa di sini, semalam.

Beliau berkata, nama baru itu sejajar fungsinya yang bukan saja untuk kegunaan upacara pengurusan mayat, tetapi boleh digunakan penduduk untuk pelbagai aktiviti termasuk perbincangan atau program bersesuaian.

sumber : hmetro

No comments: