Partime Job

Thursday 19 April 2012

Khasiat tiga pokok ajaib

KEBAIKAN tumbuhan memang tidak dapat disangkal lagi dan sudah terbukti mujarab sejak zaman berzaman dalam memberikan alternatif kepada mereka yang tahu menghargainya.

Tanpa kita sedari, di sekeliling kita sebenarnya terdapat begitu banyak tumbuhan yang mampu bertindak sebagai bahan kecantikan semula jadi serta merawat wajah.
Antara tumbuhan yang memberikan faedah kepada manusia adalah bunga butang biru atau nama saintifiknya Scabiosa arvensis yang banyak terdapat di negara beriklim sederhana seperti Perancis.

Dengan warna birunya yang cantik, bunga berkenaan secara tradisional digunakan untuk memanfaatkan kesannya yang bersifat menyegar, menyembuh dan menenangkan.


Kajian yang dijalankan mendapati bunga berkenaan juga menunjukkan keupayaan untuk menggalakkan pengeluaran enzim memecahkan lemak dalam sel lemak, seterusnya mengoptimumkan pemecahan lemak dalam tubuh seseorang.


Kuasa tindakan ramuan ekstrak tumbuhan yang dipatenkan itu memang menakjubkan kerana mampu mengurangkan lemak dalam lima kantung lemak dengan mencelarukan benteng protein di keliling lompang lipid yang mengehadkan laluan enzim pelepas lemak.

Selain itu, berangan kuda atau Aesculus hippocastanum juga mempunyai peranan tersendiri apabila ia mampu memperbaiki peredaran darah dengan mengaktifkan aliran dan limfa untuk menggalakkan penyaliran air yang berlebihan.

Berangan kuda adalah tumbuhan yang biji, kulit, bunga dan daunnya boleh digunakan untuk menghasilkan penawar yang membantu merawat pelbagai masalah antaranya urat bersimpul yang sering berlaku di bahagian kaki dan bengkak urat.

Ia mempunyai banyak manfaat sehinggakan boleh digunakan bagi merawat penyakit kulit seperti ekzema, kesakitan haid, tisu lembut bengkak, tulang patah, terseliuh, batuk dan sakit sendi.

Tidak ketinggalan, tumbuhan Bacharrin yang mempunyai aroma tersendiri dan berasal dari Amazon pula mempunyai manfaat yang membantu untuk mencantikkan raut wajah dan menjamin kesan kecantikan yang kekal lebih lama.

Di persekitarannya, ia mampu tumbuh sehingga ketinggian dua meter dan mengeluarkan bunga kecil putih serta digunakan masyarakat Orang Asli di kawasan Amerika Selatan sebagai sumber makanan terutama dalam membantu pengawalan berat badan.

Menyedari hakikat itu, Clarins memperkenalkan produk terbarunya, Clarins Shaping Facial Lift yang menggunakan ketiga-tiga ekstrak tumbuhan menakjubkan itu bagi membantu menghasilkan wajah bujur sirih yang sering diidamkan ramai wanita.

Serum berkenaan dirumuskan secara klinikal daripada adunan ekstrak tumbuhan yang berkesan menghapuskan lemak berlebihan dan membantu penyaliran untuk menghilangkan wajah sembap.

Kulit nampak ‘terangkat’, lebih menarik dari setiap sudut dan penggunaannya sebelum mengaplikasikan produk lain adalah penting bagi memastikan raut wajah berbentuk bujur sirih.

Ia dibuktikan secara saintifik melalui kajian yang dijalankan terhadap wanita Asia dan didapati selepas penggunaan selama empat minggu, raut wajah mereka secara keseluruhan menjadi lebih menarik dengan perubahan positif di bawah dagu selain mengurangkan lekuk kecil.

Inovasi serum itu membawa kepada tindakan luar biasa melenyapkan kesembapan yang membuat muka tampak berat.

Ia menyasarkan lima kantung lemak, dua pada pipi, dua bawah rahang dan satu bawah dagu, yang memberatkan muka untuk melepaskan lemak, menangani takungan air dan meraut wajah.

Pelepasan bendalir yang agak perlahan dalam kantung lemak itu akan mengumpul lemak berlebihan dan mengakibatkan dagu berlapis maka bahan aktif dalam serum melancarkan peredaran darah dan limfa untuk mengoptimumkan pelepasan lemak.

Serum berkenaan kini boleh didapati di semua kaunter Clarins dan Spa Kulit Clarins seluruh negara dengan harga runcit RM235 dalam saiz 50 mililiter.

sumber : hmetro

No comments: