Partime Job

Thursday 5 April 2012

Kecoh kerana mimpi

MANAMA: Polis yang bergegas ke rumah seorang lelaki selepas menerima panggilan kecemasan semalam, berang apabila mendapati dia hanya mengalami igauan buruk ketika tidur.

Menurut media, lelaki Kuwait itu menjerit-jerit meminta tolong menerusi telefon dan polis berjaya mengesan lokasinya tidak lama kemudian.


Apabila tiba di rumah lelaki terbabit, polis dan paramedik terkejut apabila mendapati dia hanya mengalami mimpi ngeri.

Lelaki terbabit mendakwa, dia panik dan tidak dapat berfikir apa-apa untuk meminta bantuan, kecuali menghubungi polis. Menurut polis, lelaki terbabit meminta maaf kerana menyusahkan banyak pihak.


Bagaimapun, lelaki terbabit bertegas mendakwa dia mengalami mimpi sangat ngeri.


Difahamkan, lelaki itu bakal berkahwin dan dia enggan menceritakan butiran mimpinya. - GN

No comments: