Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 16 April 2012

Kanak-kanak 4 tahun IQ nya di bawah paras rekod Albert Einstein dan Stephen Hawking


LONDON - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dari Hampshire diterima menyertai Mensa International ekoran skor IQ tinggi - hanya satu poin di bawah paras rekod Albert Einstein dan Stephen Hawking.

Laporan BBC menyebut, Heidi Hankins dari Winchester merekodkan skor IQ 159.

Selain boleh membaca, dia juga boleh mengira sehingga 40 pada usia dua tahun. Dia dilaporkan boleh membaca buku-buku yang khusus untuk mereka berusia tujuh tahun.

Kanak-kanak melepasi ujian skor IQ kendalian Mensa baru-baru ini, lapor portal Express.

Ketua Eksekutif Mensa Britain, John Stevenage berkata, ibu bapa Heidi dengan "betul telah mengenal pasti yang dia memperlihatkan potensi yang hebat."

Bapanya, Matthew, 47 seorang pensyarah kesihatan awam manakala ibunya Sophy, 43, seorang artis dari Winchester.

Menurut Mensa, purata skor IQ orang dewasa adalah 100.

Pada 2009, Oscar Wrigley dari Reading, berusia dua setengah tahun ketika itu, menjadi kanak-kanak termuda menyertai Mensa dengan skor IQ 160.

"Kami bercadang mahu menyediakan persekitaran yang positif bagi orang-orang muda untuk mengembangkan (potensi mereka)," kata Stevenage.

Menurut Mensa, tanda-tanda seorang kanak-kanak yang berbakat termasuklah memori luar biasa, membaca pada usia awal dan memiliki kesedaran tentang perkembangan dunia.

Malah, seorang kanak-kanak yang berbakat juga akan bertanya soalan sepanjang masa.

sumber : sinarharian

No comments: