Partime Job

Thursday 5 April 2012

Jumpa mayat dalam longkang

GEORGETOWN - Polis mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki dalam longkang di kawasan Bandar Baru, Ayer Itam petang kelmarin tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, hasil siasatan dan laporan bedah siasat mendapati mangsa mengalami serangan jantung sebelum terjatuh ke dalam longkang.

Difahamkan, lelaki berusia 60an itu yang tinggal di Desa Permata, Bandar Baru sedang berjalan kaki menuju ke klinik berhampiran bagi pemeriksaan kesihatan namun mengalami serangan jantung sebelum tiba di klinik.

“Hasil maklumat perubatan, lelaki berkenaan juga mempunyai penyakit kencing manis.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika ditemui media di sini semalam.

Kong Meng berkata, kes dianggap selesai dan mayatnya sudah dituntut oleh keluarganya.

sumber : sinarharian

No comments: