Partime Job

Thursday 19 April 2012

Jualan Perodua jatuh 11%

JUALAN kenderaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) susut 11 peratus pada Mac kepada 16,000 unit berbanding 18,000 unit pada bulan sama tahun lalu terutamanya disebabkan oleh garis panduan sewa beli yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia pada Januari lalu.

Bagi perbandingan suku tahunan, jualan syarikat kereta nasional kedua itu berkurangan 2.2 peratus kepada 44,700 kenderaan daripada 45,700 yang dicatatkan pada suku pertama 2011.


Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, berdasarkan kepada data disediakan, model Perodua ViVA paling teruk terjejas dengan penurunan sebanyak 19 peratus dalam jualan pada suku pertama tahun ini kepada 13,000 unit daripada 16,000 unit yang dicatatkan pada 2011.

Beliau berkata, tempahan kenderaan masih baik dengan 20,000 unit ditempah pada Mac saja, namun kadar kelulusan pinjaman ketika ini oleh institusi kewangan lebih rendah berbanding biasa berikutan garis panduan baru. “Garis panduan ini melewatkan kelulusan pinjaman yang dibuat pada jumlah yang berkurangan.


“Disebabkan oleh kelewatan ini, ia mengambil masa purata 20 hari untuk mengetahui hasil permohonan pinjaman berbanding tiga hari sebelumnya dan ini memberi kesan besar bukan saja pengeluar tetapi juga keseluruhan ekosistem automotif,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.


Aminar berkata, penolakan pinjaman serta kelewatan dalam proses turut menyebabkan paras inventori yang tinggi di tempat simpanan Perodua, yang sebaliknya meningkatkan kos pengedar bebas.

sumber : hmetro

No comments: