Partime Job

Wednesday 4 April 2012

JKM jejak waris bayi lelaki


SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan waris kepada seorang bayi lelaki, Ahmad Amzar yang kini berada di bawah jagaan jabatan itu.

Ketua Unit Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak, Mat Ariffin Razak berkata, waris atau sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai keluarga bayi itu diminta memaklumkan kepada JKM.

“Bayi yang berumur 45 hari ini dijumpai orang ramai di sebuah kedai makan di Kampung Melayu, di Sungai Buloh pada 15 Februari lalu.

“Oleh itu, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai bayi itu boleh menghubungi saya di talian 03-61853931 atau 03-61857931,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: