Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 5 April 2012

GRO sembunyi bawah katil


SEREMBAN – Dua wanita warga China, dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur hanya sempat bersembunyi bawah katil selepas pihak berkuasa Jabatan Imigresen menyerbu penginapan mereka di Rumah Pangsa Jalan Tun Dr Ismail, Lobak, di sini, kelmarin.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman berkata, operasi itu disertai enam anggota dan pegawai penguat kuasa, yang melakukan pemerik­saan menyeluruh, kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, ketika serbuan, dua wanita terbabit yang bekerja di beberapa pusat hiburan di daerah ini, ditemui bersembunyi dalam keadaan ketakutan di bawah katil di dalam bilik, manakala seorang lagi wanita dan seorang lelaki berusia 50-an dipercayai penjaga mereka berada di ruang tamu.

“Difahamkan, semua wanita berusia lingkungan 30-an ini akan dibawa oleh penjaga mereka ke premis hiburan tertentu di daerah ini untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral pada sebelah malam.

“Kami turut menemui sejumlah kondom dan cecair pelincir dipercayai digunakan untuk aktiviti mereka,” katanya.

Faizal berkata, hasil pemeriksaan mendapati seorang daripada wanita terbabit tiada dokumen perjalanan sah, manakala dua lagi mempunyai pas lawatan sosial dan pasport yang menunjukkan rekod meragukan.

“Wanita yang tidak mempunyai dokumen itu memberi alasan pasportnya dipegang oleh ejen yang menguruskan pas pelajar, kononnya untuk dia mengikuti pengajian bahasa Inggeris di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.“Rekod perjalanan pada pasport dua lagi wanita menunjukkan, mereka kerap memasuki Malaysia dan tinggal sehingga tempoh lawatan tamat sebelum pulang semula ke negara asal dan datang kembali ke negara ini,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan wanita terbabit turut menyediakan perkhidmatan seks di rumah terbabit terutama pada waktu siang, namun hanya kepada pelanggan yang dikenali sahaja.

sumber : sinarharian

No comments: