Partime Job

Wednesday 4 April 2012

Firefly tawar RM55 bagi destinasi domestik


SUBANG - Syarikat penerbangan komuniti, Firefly meraikan ulang tahun ke lima dengan menawarkan tawaran tambang murah serendah RM55 sehala bagi penerbangan domestik terpilih.

Tempahan tambang murah itu boleh dilakukan bermula hari ini sehingga 8 April bagi tempoh penerbangan 23 April sehingga 27 Oktober akan datang.

Ketua Pegawai Operasi Jarak Jauh Penerbangan Malaysia/Firefly, Ignatius Ong, berkata, tawaran itu adalah bagi menghargai pelanggan setia terutamanya ahli perniagaan yang memberi sokongan berterusan sehingga membolehkan Firefly terus berkembang.

sumber : sinarharian

No comments: