Partime Job

Monday 2 April 2012

Duda kempunan makan sedap

SETIU - Hasrat seorang duda yang hidup sebatang kara untuk membeli makanan sedap dengan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bakal diterimanya tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dalam sebuah pondok di Kampung Fikri dekat sini kelmarin.

Mustafa Mat Yatim, 63, yang berasal dari Kampung Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan tinggal di kampung itu sejak tiga tahun lalu dengan menumpang sebuah pondok buruk milik penduduk di situ.

Warga emas malang yang melakukan kerja-kerja kampung seperti mengambil upah mengopek buah kelapa dan membersih kawasan kebun itu sepatutnya mengambil wang BR1M bersama penerima lain di Dewan Pejabat Pelajaran Daerah dekat sini semalam.

Namun, dia tidak sempat mengambil wang tersebut malah ditemui meninggal dunia pada pukul 5 petang kelmarin seorang diri dalam pondok itu.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Fikri Norzeri Abdullah berkata, sebelum itu setiap kali berjumpa, Mustafa sering bertanya kepadanya bilakah dia akan menerima wang bantuan tersebut.

"Namun tiga hari lalu, selepas saya mendapat surat kelulusan bantuan RM500 dari Pejabat Daerah Setiu saya kemudian menyerahkan surat itu kepada Mustafa.

sumber : kosmo

No comments: