Partime Job

Thursday 5 April 2012

Dijel 32 tahun kerana rogol

JOHOR BAHRU – Hasrat seorang buruh mahu mengurangkan hukuman untuk berjalan secara serentak tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menolak rayuannya dan menjatuhkan hukuman penjara kepada 32 tahun dan 17 kali sebatan kerana merogol dua gadis, awal tahun ini.

Terdahulu, tertuduh, Mohd Affandi Abd Hamid, 26, pada mulanya dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan lapan kali sebatan bagi kesalahan merogol seorang gadis 13 tahun dan setahun penjara kerana merompak mangsa serta lima tahun penjara dan dua sebatan kerana mengambil gambar bogel mangsa.

Mahkamah Seksyen kemudiannya mengarahkan hukuman tersebut dijalankan serentak selepas dia mengaku bersalah di atas kesemua pertuduhan dari tarikh dia ditangkap, 14 Februari lalu.

Mohd Affandi turut mengaku bersalah kerana merogol seorang lagi wanita berusia 23 tahun dan juga dihukum penjara selama tujuh tahun bermula pada tarikh yang sama oleh Mahkamah Seksyen.

Tertuduh telah membuat rayuan bagi kedua-dua keputusan itu untuk dijalankan serentak tetapi ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Hakim, Datuk Abd Halim Aman kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun dan lapan sebatan kerana merogol gadis berusia 13 tahun dan hukuman setahun penjara kerana merompak mangsa yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan, namun penambahan hukuman penjara selama 10 tahun dan lima sebatan kerana mengambil gambar bogel mangsa bawah umur itu, yang diizinkan dijalankan serentak.

Bagaimanapun, Abd Halim memerintahkan hukuman 14 tahun penjara dengan empat sebatan kerana merogol wanita berumur 23 tahun.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Azreen Yas Mohamad Ramli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

sumber : sinarharian

No comments: