Partime Job

Thursday 19 April 2012

Brangelina' ke gerbang perkahwinan


Hubungan cinta antara aktor terkenal Hollywood, Brad Pitt dan aktres, Angelina Jolie bukan lagi rahsia.

Brad Pitt dan aktres, Angelina JolieBiarpun pada mulanya pasangan ini merahsiakan hubungan cinta terlarang mereka memandangkan status Brad ketika itu masih lagi bergelar suami kepada Jennifer Aniston, namun akhirnya Angelina sendiri mengakui mereka mula menjalin hubungan di set penggambaran filem Mr & Mrs Smith.

Kedua-duanya pernah bergelar skandal terbesar Hollywood dek hubungan rahsia itu, malah Angelina juga dikatakan menjadi penyebab penceraian Brad dan Jennifer.


Pun begitu, aktres berbibir seksi ini pernah mengeluarkan kenyataan menafikan hubungan mereka pada awal 2005.

“Menjalin hubungan dengan lelaki berkahwin adalah perkara yang tidak boleh saya terima, sama seperti saya teringat saat bapa saya curang kepada emak saya sendiri.

“Saya tidak boleh lihat muka sendiri di cermin jika benar saya lakukan hubungan itu. Malah, saya tidak akan tertarik kepada lelaki yang curang kepada isterinya,” kata Angelina ketika ditanya mengenai hubungan mereka.

Pasangan ini tidak mengiakan hubungan mereka sehinggalah Januari 2006, Angelina mengesahkan kepada majalah People bahawa dia mengandungkan anak Brad.

Sejak itu, hubungan pasangan yang dikenali sebagai Brangelina ini menjadi salah satu topik hangat media di seluruh dunia.


Anak pengikat hubungan

Biarpun masing-masing belum bersedia memberi komitmen bergelar suami isteri, namun Brangelina sedar akan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Sementelah, Brad tidak kisah membahagi kasih sayang setara buat tiga anak angkat Angelina iaitu Maddox Chivan, Zahara Marley dan Pax Thien serta tiga lagi anak kandung mereka sendiri; Shiloh Nouvel dan pasangan kembar, Knox Léon serta Vivienne Marcheline.

Pasangan yang gemar terlibat kerja-kerja amal ini juga khabarnya, sudah bersedia menerima kelahiran anak ketujuh mereka.

Menurut sumber terdekat pasangan tersebut, berita itu diketahui apabila Angelina mula memberitahu rakan-rakannya mengenai kesediaan menerima kelahiran bayi baru itu.

“Angelina secara tidak sengaja memberitahu berita ini kepada rakan-rakannya. Dia kini sering alami alahan di waktu pagi, namun katanya ia berbaloi,” kata sumber.

Malah, aktres berusia 37 tahun ini sering bercerita mengenai pengalamannya hamil kepada rakan-rakan dan media.

“Sukar menggambarkan perasaan ketika hamil. Secara jujurnya, saya gembira menikmatinya. Awak akan rasa perasaan sebenar sebagai perempuan. Malah, awak akan berfikir mengenai keadaan anak yang awak kandungkan itu,” katanya yang tidak kisah bentuk badannya ketika hamil.

Angelina yang dilaporkan kini hamil lima bulan juga telah menyediakan bilik khas dihiasi cat putih sebagai persediaan menerima kelahiran anak ketujuhnya itu.


Rahsia tarikh kahwin

Terbaru, pasangan ini mengesahkan bersedia melayari kehidupan sebagai suami isteri.

Dua minggu lalu, Brangelina secara rasminya telah mengikat tali pertunangan. Ia turut disahkan pengurus Brad, Cynthia Pett-Dante. Menurutnya, ikatan itu adalah perjanjian dibuat Brangelina demi masa depan anak-anak mereka.

“Ya, benar mereka akan berkahwin. Malah, Angie kini sah tunangan Brad. Ini demi masa depan yang lebih baik dan keputusan itu menggembirakan anak-anak,” katanya.

Pengesahan Cynthia ini sekali gus menamatkan spekulasi mengenai perkahwinan pasangan ini yang tersebar sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, menurut Cynthia, Brangelina belum membincangkan tarikh sebenar perkahwinan dan lokasi majlis.

Sementara itu, pakar membuat barang kemas terkenal, Robert Procop yang diberi tanggungjawab mereka bentuk cincin pertunangan pasangan ini berkata, dia mengambil masa setahun menyiapkan rekaan cincin eksklusif bertatahkan sebutir berlian paling berkualiti.

sumber : sinarharian

No comments: