Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 19 April 2012

Bob Kuman terharu sumbangan peminat


PETALING JAYA – Pelakon Bob Kuman terharu dengan sumbangan yang diberikan peminatnya menerusi akuan banknya selepas kisahnya tersiar di dalam sebuah laman blog baru-baru ini.

Bob atau nama sebenarnya Husin Mohd Rawi, 40, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para peminatnya yang sudi menyumbang bagi membantu meringankan beban yang dialaminya.

“Bayangkan bila saya semak akaun ada yang sanggup masuk RM5 mereka (peminat) bukannya orang senang, tapi sanggup tolong saya terima kasih banyak-banyak,”katanya.

Bob sewaktu ditemui dirumahnya semalam memberitahu dia kini terpaksa menerima bantuan penafasan melalui mesin khas.

“Syukur pagi tadi pihak Lembaga Zakat Selangor ada datang melawat ke rumah dan mereka akan cuba usahakan untuk membantu dapatkan bantuan bekalan gas oksigen,”katanya.

Katanya lagi, melalui sumbangan yang diterimanya, dia kini boleh membayar kosperubatan manakala bakinya boleh digunakan untuk membiayai kehidupannya ketika ini.

“Doktor nasihatkan saya supaya jangan minum air banyak takut kakinya yang cedera membengkak, jadi sekarang saya kena rehat banyak,” katanya.

Kesihatan Bob mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak pada akhir 2010 yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.

sumber : sinarharian

No comments: