Partime Job

Monday 2 April 2012

Azza Elite, Azlan selamat diijab kabul


AMPANG - Selepas menyemai cinta lebih setahun lalu, Nur Azzarima Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza dari kumpulan Elite akhirnya mengambil keputusan berkahwin dengan kekasihnya, Azlan Zulaily di Masjid Bukit Antarabangsa di sini semalam.

Azza, 34, dan Azlan, 25, dinikahkan oleh pentadbir Masjid Bukit Antarabangsa, Abdul Hakim Abdul Rahman Al-Hafiz dengan mas kahwin RM300 dalam majlis yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman-teman rapat.

Azza turut menerima wang hantaran berjumlah RM10,000 berserta sembilan dulang hantaran antaranya set wangian, sebentuk cincin dan seutas rantai, beg dan tali pinggang kulit serta sejadah manakala pengantin lelaki pula menerima 11 dulang hantaran termasuk set wangian, senaskhah al-Quran, set dompet dan sirih junjung.

Perkenalannya dengan Azlan bermula pada malam sambutan tahun baru 2011 sebelum Azza dilamar pada 1 November tahun yang sama menerusi mesej yang dilukis pada skrin komputer tablet.

sumber : kosmo

No comments: