Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 4 April 2012

Angkara RM2, penjual kain dihukum penjara

KOTA BHARU – Hanya kerana RM2 seorang penjual kain terpaksa meringkuk di penjara selama lapan bulan.

Dia didapati bersalah cuba memukul seorang lelaki warga Pakistan yang enggan memberikannya RM2.

Hukuman terhadap Mohd Haifuldin Ismail, 24, dari Kubang Kerian diputuskan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa.

Mengikut pertuduhan, kejadian berlaku di kedai pengadu di Simpang Empat Kampung Bayam di sini, pada jam 4.30 petang, 27 Januari lalu.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh datang ke kedai pengadu dan meminta wang RM2 selain memaksa mangsa menunjukkan pasportnya. Mangsa yang enggan menuruti permintaan itu bagaimanapun cuba dicederakan menggunakan topi keledar.

Tindakan pantas mangsa memegang tangan tertuduh menyelamatkannya daripada kecederaan. Mangsa kemudiannya menghubungi polis sebelum tertuduh diberkas dan dihadapkan ke mahkamah, semalam.

Dalam perkembangan sama, tertuduh turut dijatuhi hukuman enam bulan penjara akibat kegagalan mengemukakan kad pengenalan ketika pemeriksaan polis.

Kedua-dua hukuman diarah berjalan serentak.

Kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

sumber : sinarharian

No comments: