Partime Job

Thursday 19 April 2012

Anggota Rela kemalangan

KEPONG – Enam anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Metropolitan, Kepong kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, kenderaan pelbagai guna yang dinaiki mangsa terbabas sehingga terbalik menyebabkan pemandunya tercampak keluar.

Leftenan Kolonel (Kehormat) Rela, Mohd Sani Mohd berkata, ke semua mangsa yang berusia 17 hingga 22 tahun dikejarkan ke Hospital Selayang.

“Lima daripada mangsa dirawat sebagai pesakit luar manakala pemandunya cedera di bahagian kepala dan kini dirawat di unit rawatan rapi hospital itu,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: