Partime Job

Wednesday, 28 March 2012

Warga emas ditampar kerana RM14

KAJANG: Hanya kerana RM14, seorang warga emas bukan saja ditampar berulang kali malah ditolak hingga terjatuh dari basikal ditunggangi di depan Klinik Kesihatan Kajang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa yang berusia 78 tahun dikatakan sedang menaiki basikal untuk pulang ke kampung di Semenyih sebelum dia ditahan sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, sebaik mangsa memberhentikan basikalnya, suspek terus menampar pipi kanannya dipercayai lebih sekali sebelum dia ditolak hingga terjatuh dari basikalnya.

“Sebaik mangsa terjatuh, suspek yang berusia 27 tahun itu mengambil kesempatan merampas wang saku milik mangsa berjumlah RM14 yang disimpan dalam poket kemeja kiri,” katanya.

sumber : mymetro

No comments: