Partime Job

Monday 19 March 2012

Umno pilih empat wanita terima anugerah khas


PERMAISURI – Seramai 5,000 Wanita Umno dari empat Dun iaitu Batu Rakit, Langkap, Permaisuri dan Jabi berhimpun untuk mendengar amanat Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Perhimpunan itu dianggap yang terbesar di daerah ini melibatkan kaum wanita sebagai persiapan awal sebelum menggerakkan jentera bagi menghadapi pilihan raya.

Sempena majlis itu juga, empat tokoh Wanita Umno mewakili setiap Dun dipilih untuk menerima anugerah khas disampaikan sendiri oleh Ahmad.

Pemilihan keempat-empat tokoh itu berdasarkan kepada perjuangan dalam parti sejak sekian lama selain aktif dalam setiap program yang diaturkan di kawasan masing-masing.

Empat tokoh yang terpilih itu adalah Kalsum Saamah (Permaisuri), Hasnah Ismail (Langkap), Wan Minah Wan Deraman (Batu Rakit) dan Wan Zainab Wan Yaakub (Jabi).

Menurut Wan Minah Wan Deraman, 62, penglibatannya dalam politik bermula sejak 20 tahun lalu.

“Bagaimanapun saya memegang jawatan Ketua Wanita Umno cawa­ngan Gong Lingai dari 1966 hingga 2008 dan aktif dalam pelbagai kegiatan anjuran Dun dan Parlimen.

“Selain itu, kepercayaan daripada penduduk kampung telah menyebabkan saya diberi tanggungjawab menjadi ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), AJK Komuniti Bestari dan cawangan,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: